Pengurusan tapak (site management) adalah satu elemen
penting dalam
pembinaan bangunan (building construction). Isu ini
memainkan peranan yang
penting sebagai pemangkin dalam merealisasikan apa yang
tersirat dalam kertas-kertas
perancangan pembinaan. Dengan pengurusan yang jitu dan padu,
hasil yang
memuaskan
pasti dapat dicapai.
Pengurus projek merupakan individu yang dilantik dan diberi
kuasa untuk
mencorakkan atau mengendalikan sesebuah tapak bina mengikut
konsepnya yang
tersendiri tanpa menjejaskan kualiti kerja malahan
meningkatkan lagi kualiti kerja
tersebut.
Dalam apa jua bidang, isu pegurusan tidak lagi dipandang
remeh terutama
dalam hal-hal yang melibatkan orang awam atau masyarakat. Di
mana secara tidak
langsung kebajikan masyarakat akan dapat dipupuk dan
terpelihara keharmoniannya.
Sistem pengurusan tapak yang berkualiti
akan dapat meningkatkan mutu dan
produktiviti kerja dan pada masa yang sama juga ianya dapat
mengurangkan kos
pembinaan.
Pengurusan tapak yang baik dapat mengurangkan pembaziran
bahan mentah,
tenaga kerja dan masa semasa kerja-kerja atau
aktiviti-aktiviti di tapak bina, ianya
perlu dilaksanakan mengikut jadual perancangan (time
schedule) yang telah
ditetapkan, di mana tujuannya adalah untuk mengelakkan
berlakunya kelewatan.
Kelewatan akan menjejaskan keseluruhan program atau tempoh
untuk menyiapkan
sesuatu projek boleh menyebabkan kerugian dan matlamat tidak
dapat dicapai. Di
sinilah perancangan, pengawalan dan
pengurusan yanag sistematik diperlukan.

