Jumaat, 12 Disember 2014

PENGURUSAN PROJEK



Pengurusan tapak (site management) adalah satu elemen penting dalam
pembinaan bangunan (building construction). Isu ini memainkan peranan yang
penting sebagai pemangkin dalam merealisasikan apa yang tersirat dalam kertas-kertas
perancangan pembinaan. Dengan pengurusan yang jitu dan padu, hasil yang
memuaskan pasti dapat dicapai.                                         
Pengurus projek merupakan individu yang dilantik dan diberi kuasa untuk
mencorakkan atau mengendalikan sesebuah tapak bina mengikut konsepnya yang
tersendiri tanpa menjejaskan kualiti kerja malahan meningkatkan lagi kualiti kerja
tersebut.
Dalam apa jua bidang, isu pegurusan tidak lagi dipandang remeh terutama
dalam hal-hal yang melibatkan orang awam atau masyarakat. Di mana secara tidak
langsung kebajikan masyarakat akan dapat dipupuk dan terpelihara keharmoniannya.
Sistem pengurusan tapak yang berkualiti akan dapat meningkatkan mutu dan
produktiviti kerja dan pada masa yang sama juga ianya dapat mengurangkan kos
pembinaan.
Pengurusan tapak yang baik dapat mengurangkan pembaziran bahan mentah,
tenaga kerja dan masa semasa kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti di tapak bina, ianya
perlu dilaksanakan mengikut jadual perancangan (time schedule) yang telah
ditetapkan, di mana tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya kelewatan.
Kelewatan akan menjejaskan keseluruhan program atau tempoh untuk menyiapkan
sesuatu projek boleh menyebabkan kerugian dan matlamat tidak dapat dicapai. Di
sinilah perancangan, pengawalan dan pengurusan yanag sistematik diperlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan